usrah online.. ( ym )

usrati...
salam 'alaik... buat adik-adik yang disayangi.. yin,zati, tikah, farah, linda ( not here) my 'ex'(faricha, fatin, dyla).. malam ni kta telah wat usrah on9 kan? harap malam ni serta maya ini menjadi saksi bahawa kita sedang mengingati Dia.. bukan itu sahaja, kita juga banyak berkongsi tentang betapa besarnya rahmat Allah.. Ya kerana itulah kita telah berkasih sayang.. Bukan kak ida tak mahu berdepan dengan adik-adik tapi banyak dugaan yang menimpa untuk mempertemukan kita.. adik-adik, diri kalian adalah 'harta' yang tak ternilai buat kak ida. mengenali kalian banyak mendewasakan diri ini.. Sejak pertemuan kita hingga kini, banyak perkara yang kita kongsi bersama. Ukhuwah, jelas kita sedang di tarbiyah.. Moga Allah lindungi kita dari sebarang perkara yang kita tak inginkan.. Fahamilah bahawa akak ingin melihat kalian menjadi lebih baik dan mampu mencipta kejayaan "ini" lebih lagi.. Buat renungan kita pada malam ini dan apa yang kita pelajari tadi :
" Maka jika mereka mendustakan kamu, katakanlah, "Tuhanmu mempunyai RAHMAT YANG LUAS, dan siksaNya kepada orang-orang yang berdosa tidak dapat dielakkan." ( al-an'am 6:147)
Allah menganugerahkan rahmatnya yang 1 itu untuk manusia dan seisinya untuk saling berkasih sayang. Ya itulah kesan rahmat Allah.. Bersyukurlah kalian kerna nafas yang berdenting ini adalah kesan rahmat Allah yang tiada terhitung.. Betapa kasihnya Allah walaupun ada antara manusia yang masih ragu tentangNya.. Kita tidak mahu bukan menjadi orang yang disiksa itu? Ya, tidak mahu.. tetapi sejauh mana kita mensyukuri nikmat Allah dan segalanya dengan perkara maaruf serta bermanfaat.. Mari kita fikirkan sejenak...

No comments:

Post a Comment