aku dan pantai ...

kita menyusuri pantai KEHIDUPAN, nun di sana belum terlihat kuala AKHIRAT, destinasi tujuan. Namun kita yakin, di sebalik kabus DUNIA yang mengaburkan pandangan, tetap ada di hujung sana tempat pengakhiran kepada sebuah PERJALANAN. 


Sesekali di sepanjang langkah-langkah yang beriringan, ombak DUGAAN kecil akan singgah ke gigi pantai KEHIDUPAN, lalu membasahkan tapak kaki kita yang berjalan, kita cuba mengelak, namun tetap juga kebasahan. Tidak mengapa, ayuh kita teruskan PERJALANAN. 



Kadang-kala ombak DUGAAN akan membadai kuat ke pantai KEHIDUPAN, bukan kaki kita saja kebasahan, bahkan hampir kita terjatuh dek pukulan ombak ujian yang menyerang tanpa kita sedar, kerna datangnya ia tanpa amaran. Tika itu, kalaupun terjatuh kita, basah diterjah ombak DUGAAN, bangkitlah semula, sapu pepasir DOSA yang lekat mengotori, yang memberatkan langkah kaki, lalu perkemaskan langkah kita kembali. Pantai KEHIDUPAN ini tetap harus kita susuri, hingga akhirnya kita tiba di kuala AKHIRAT, yang abadi..  


.. usaha atas matlamat yang dicitakan..

syukur atas kurniaan Allah dan segala limpahnya..selawat dan salam buat junjungan besar baginda Rasulullah..

dah lame rasanya tak update blog.. apa-apa pun rasa bersyukur yang teramat sangat kerana hingga saat menulis semula ini, masih dikurniakan nafas, melihat, berjalan dan mentafsir kehidupan.. mulakan penulisan pagi yang bahagia ni dengan meyaknkan diri bahawa :

SAYA ADALAH HIDUP!
SAYA HEBAT!
SAYA PASTI BOLEH!!

selagi kta bernafas, selagi itu Allah memberi peluang pada kita untuk membaiki diri,
menetapkan matlamat, merubah persepsi, membina hati,
mencapai apa yang diinginkan dalam hidup..
DENAGN SYARAT!! berpandukan pada iman dan jiwa yang sentiasa merindui janjiNya..

Pergilah walau ke mana pun, buatla apa yang ingin diperbuat, bekerjalah untuk mencapai apa pun.
TAPI jangan dilupa pada jati diri dan iman yang unggul trhadap Allah..

Kita takkan pernah tahu bagaimana Allah menyusun hidup kita,
Kita takkan pernah tahu hikmah yang bagaimana telah diatur Allah 
atas setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita..
maka, berjalanlah atas muka bumi ini dengan mleihat dengan mata hati, 
mendengar (keterangan Allah) dengan yakin dan bersungguh2,
setiap sesuatu itu punya sebab.. punya alasan dan jawapan..
SABARLAH.. kerana itu bagaimana Allah mendidik kita utk TAWAKAL..

wahai diri, bekerjalah untuk matlamat yang engkau impikan..
jangan putus asa..
tanamkan dalam diri sikap bersungguh2 dan tak kenal lelah..
biarlah apa pun yang dikatakan orang lai atas usahamu..
belajarlah untuk berserah dan meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap Allah..
Engkau ada Dia..
Dia sentiasa bersama..
jangan jemu berdoa..
Jangan pernah berhenti berharap..
Pohonlah dengan jiwa yang ikhlas, khusyu' dan penuh rendah diri atas kekuasaanNya..

Masa yang lalu, sejarah yang hitam. hati yang kelam dahulu..
Biarlah ia berlalu hingga "mereka" letih mengejarmu..
dan terus lelah dan malas mengekorimu..
Kini.. Aku adalah Aku yang baru..
Berani untuk maju dan tidak mahu dibayangi masa silamku..
Tekadkan semangat itu..
Moga Allah membantu dan terus kurasai nikmat cintaNya itu..

Allahurabbi.. tnjuki aku jalan yang engkau redhaii..
Allah... penyerahan segala hanya pada Engkau Yang Maha Mengetahui...


kalau KITA sukakan seseorang :)


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

Bantulah hambaMu ini Ya Allah...

Istikharah cinTa...

 Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa


Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata


Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu


Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata


Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta...

bekalan untuk cuti sementara tunggu posting :)


Apakah makna dakwah dan tarbiyyah dari perspektif saya?

Tiada dakwah tanpa tarbiyyah. 
Tiada tarbiyyah tanpa dakwah.
 Elemen yang saling memerlukan, memenuhi hak ke atas setiap satunya. 
Dakwah adalah cinta dan tarbiyyah adalah nafasnya. 
Kencangnya nafas tarbiyyah yang terhela, begitulah suntikan semangat dakwah yang tercipta. 
Tarbiyyah itu adalah untukku dan dakwah adalah praktisnya. 
Sehari-hari memikirkan tentang dakwah, tiada makna jika diriku membiarkan jiwa tandus tanpa tarbiyyah..
 aku menggerakkan dakwah ini kerna aku rela, tiada yang memaksa. 
Aku mengerti bahawa ini adalah jalan orang-orang yang benar..
merindui tertegaknya kalimah Allah di muka bumi. 

Kerana tiada perkataan yang LEBIH BAIK melainkan menyeru manusia kepada Allah..
Itulah dakwah. 
Dakwah memerlukan subjek dan subjek nya adalah seluruh ummah ini.. 
Tujuannya adalah untuk menyeru kpd manusia bahawa ISLAM ini bukan sekadar agama..
tapi cara hidup yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat. 
Aku mengajak manusia dengan kasih sayang untuk menyedarkan mereka bahawa kasih dan redha Allah itu adalah untuk manusia yang sedar mengapa mereka hidup di dunia ini..
 Tarbiyyah itu proses didikan sepanjang zaman...
Berterusan selagi dikurniakan nikmat kehidupan..
 Tarbiyyah yang mendidik jiwa-jiwa manusia ..
supaya memahami tanggungjawab sebagai muslim solihiin wa muslihiin..


dalam usaha melahirkan KETENANGAN dalam semua situasi..

Pesan seorang akh : Tenang itu dari Allah dan gopoh gapah itu dari syaitan... :) syukran atas nasihat itu..



Ketenangan akan hadir apabila kita mengingat Allah... memang betul pun.. bila setiap langkah kita, tindakan kita dalam kehidupan seharian itu dengan ingat Allah, pasti akan tenang hati.. biarlah orang marah macam mana sekali pun, bila ada Allah dalam hati, insyaAllah.. COOL :) [rasa macam dalam aircond]..  sirius..

sesusah mana pun dugaan yang kita terima, yakinlah dengan ketenangan yang dimiliki itu akan membuatkan kita mudah membuat keputusan dengan rasional atau dalam bahasa inggeris nya.. "on track"


so, sebagai kesimpulannya, tak kesahlah dalam keadaan apa pun, jika Allah sentiasa di hati jangan risau.. Allah akan tunjukkan jalan.. cepat atau lambat, ada hikmahnya.. 


kalau lambat.. Allah nak kita bersabar..
kalau cepat... alhamdulillah...
kalau tak dapat.. tak mengapa.. ingatlah, semua yang kita mahukan tu tak semuanya baik untuk kita, Allah lebih mengetahui kesan dan akibatnya..
Semua itu ceritera Allah, dalam aturan Nya.. jangan selalu persoalkan taqdir, kerana kita TAK PERNAH tahu bagaimana Allah menyusun hidup kita..


Apa yang penting, usaha untuk menjadikan setiap tindakan kita adalah selayaknya seorang hamba.. bersyukur dengan apa yang dimiliki, berusaha mengubah diri menjadi yang lebih baik, dan jangan lupa mengajak orang lain berbuat baik sama :)



Jika kau merasa gelisah, ingatlah Allah kerana Dia sentiasa bersamamu, 
pintalah pada-Nya agar tenangkan hatimu
Jika kau rasa sedih, ingatlah Allah sentiasa bersamamu, 
tidak pernah Dia tinggalkan dirimu walau sesaat hanya dikau yang menjauhkan diri daripada-Nya, pohonlah agar dikuatkan hatimu menempuh dugaan tanda sayangnya Dia kepadamu
Jika kau merasa menyampah, bengang, benci pada orang lain atas sikapnya,
ingatlah Allah suka orang yang penyabar
Jika kau rasa bosan, ingatlah Allah, 
pintalah pada-Nya kegembiraan agar kau ceria
Jika kau rasa gembira, janganlah dikau lupakan-Nya kerana Dia selalu bersamamu dikala suka duka gembira ceria tangis tawa
Jika kau merasa sunyi tiada teman, 
ingatlah Allah ada bersamamu, berkomunikasilah dengan-Nya dengan mengadu yang kau sunyi
Jika kau merasa kosong, pintalah pada-Nya agar dikurniakan pengisian pada jiwamu yang kosong
Jika kau merasa tidak hargai, dicintai dan dikasihi, 
ingatlah Allah sentiasa menyayangimu kerana Allah Maha Penyayang terhadap hamba-Nya
Jika kau merasa miskin, kau pintalah kekayaan daripada-Nya sekalipun kekayaan itu bukan daripada segi kewangan tetapi kekayaan itulah yang akan memberikan kau keberkatan dan kegembiraan dalam hidupmu
Jika kau merasa penat, ingatlah Allah yang tidak pernah penat yang sentiasa menunggumu  untuk berbicara dengan-Nya sedangkan amat jarang kau berniat untuk melakukannya, hanya sibuk dengan kerja harianmu


Renungan masa depan.. Membina impian yang membawa keberkatan.. InshaAllah :)


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 - 40


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 - Ikhlaskan niatmu menjadi teman hidup pasanganmu. Ketetapan Allah memilih yang seorang ini buatmu, dari berjuta lelaki di dunia. Pasti ada hikmah yg tersirat dan tersurat. Ayuh, kita selongkar rahsia Allah itu dalam hidup seharian bersama, pasti di situ kau kan temui bahagia.... 

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 2 - Pertahankan ikatan pernikahan yang dibuat atas nama Allah yg Maha Agung. Hanya dgn nama-Nyalah, apa yang asalnya haram antara engkau & sidia, menjadi halal dan dibolehkan. Genggam erat ukhuwwah yg terjalin - penuh pasrah dan tawakkal. 

TALIAN HAYAT UNTUK PARA ISTERI : Nota 3 - Pandu arah kehidupan bersama ini semata2 utk mencari redha Allah. Saling bantu membantu dalam usaha kebaikan dan takwa. Kumpulkan sebyk mungkin bekalan. Moga tika kita terpaksa berlutut di depan Allah sendiri-sendiri, amal bakti yg kita kutip bersama mampu meraih belas ihsan Allah buat kita sekeluarga. 

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 4 - Fahamilah erti sebenar taat kepada suami yang disarankan agama. Ketaatan itu bukannya menurut semua perintah suami tanpa usul periksa. Demi hubungan yg harmoni & sejahtera, elok benar kalau siisteri yang mengalah / `surrendered',di saat kita mampu menunjuk lagak menyombongkan diri terhadap suami. Merendah diri bukan minta dipijak-pijak! Sekadar menunjuk akhlaq terpuji, agar tenang hati suami. Rugikah kita para isteri kalau kita taat secara rela diri? 

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 5 - Selitkan doa setiap masa, moga Allah SWT mencampakkan hidayah-Nya ke dalam hati suami kita. Moga lebih cinta dia kepada iman, takwa dan ihsan. Moga dia terus gigih mencontohi suami teragung, Muhammad SAW. Mudah-mudahan jua, bersama kita meniti kehidupan dalam redha dan kasih sayang Allah setiap masa dan ketika! 

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 6 - Hargailah setiap usaha, kasih sayang, saraan hidup dan pemberian suamimu, insan kerdil yg begitu gigih cuba melaksanakan amanah berat di bahunya. Hentikan cemuhan, kritikan, sindiran dan perli dlm setiap patah ayat yg ditujukan utknya. Gantikan dgn kata semangat dan keyakinan yg mampu mendorongnya menjadi suami yg lebih menyerlah, InsyaAllah. 

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 7 - Didiklah hati agar menyayangi wanita yang melahirkan suamimu, kenanglah jasanya mendidik anak lelakinya menjadi pasangan yang mengasihimu kini. Jangan sekali jadi musuh @ saingannya, sekalipun itu mungkin tanggapan ibu mertua terhadapmu. Yakinkan hatinya, bahawa engkau bukanlah perampas kasih anaknya. Engkau sebenarnya permata yang menyinari hidup suami dan juga penyeri hidupnya, jika dia sudi memberi peluang tersebut kepadamu! 

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 8 - Belajarlah untuk ikhlas dalam memberikan kasih sayang dan cinta utk suamimu. Seringkali ada sahaja niat dan sebab musabab lain semasa kita melafazkan ikrar kasih. Jika benar ikhlas, engkau takkan mudah kecewa jika sesekali seperti cintamu tidak berbalas, penat lelahmu tidak dihargai. Keikhlasanmu kan menjadi daya penarik yg kuat mengikat hati suamimu kepadamu! 

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 9 - Serlahkan bakat dan potensimu, gunakan kecerdasan dan keupayaanmu untuk memberi manfaat kepada orang lain. Prihatinlah kepada keperitan hidup masyarakat di luar sana, bantulah semampu boleh. Jadilah manusia yang banyak jasanya - pasti suami dan anak-anakmu bangga beristeri dan beribukan seorang yang istimewa seperti kamu! 

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 10 - Bijaklah mengurus masa, modal anugerah Allah kepada kita semua. Senaraikan keutamaanmu dan tumpukan usaha mendahulukan mana yang sepatutnya dibereskan dahulu. Dapatkan bantuan suami dan anak2 untuk menyelesaikan tugasan. Jangan bebankan dirimu cuba menjadi `wanita luarbiasa' - suamimu cuma inginkan seorang isteri solehah yg bijaksana! 

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 11 - Beranikan dirimu untuk mempercayai kejujuran suamimu dalam melayari bahtera ini bersama. Sesungguhnya, kepercayaanmu ibarat titisan air yg diperlukan oleh rimbun untuk kekal menghijau. Tanpanya, ia akan layu kekuningan. Namun, suamimu perlu jua diperingatkan - agar cermat menjaga kepercayaan itu ibarat kaca yg mudah retak & calar. Sekali tercalar, mungkin selamanya terluka... 

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 12 - Imbangilah antara kebergantunganmu kepada suami dgn keupayaanmu untuk berdiri di atas kaki sendiri. Pasrahmu yang total hanyalah kepada yg Maha Agung. Saling bergantung, perlu memerlukan adalah perencah kenikmatan hidup bersama. Jikalau masih sendiri-sendiri, apalah erti hidup sebumbung. Sementara dia masih ada di sisi, kita serahkan kemudi bahtera di tangan suami. Namun jika dia harus pergi, kita akan mampu memikul amanah yg ada, InsyaAllah!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 13 - Dapatkan maklumbalas sejujurnya dari suamimu mengenai akhlak dan tingkahlakumu. Biarkan dia berkata-kata tanpa sebarang gangguan, sekalipun hatimu melonjak-lonjak mahu bersuara membela diri. Mohonlah giliranmu pula memberikannya maklumbalasmu. Pilihlah perkataan terbaik dalam menyusun buah tuturmu. Istiqamah dalam muhasabah, kunci tautan dua hati yg ikhlas mencintai kerana Allah SWT 

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 14 - Ubati segera hatimu yang terluka mendengar pengakuan suamimu : cintanya sudah beralih kepada wanita lain. Jgn pantas menyalahkan dirimu, apatah lagi mengalah dan berundur. Jgn pula biarkan cemburu merasuk diri, mengocak ketenangan & membakar amarahmu. Tenanglah dahulu, santuni emosimu yg terhiris pilu. Biarkan airmatamu mengalir buat seketika. Namun yakinlah, sesungguhnya engkau masih belum kehilangan segala-galanya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 15 -Pilihlah tindakan yang bijak dalam menangani kemelut suamimu mahu atau sudah berkahwin lain. Berikannya peluang menjelaskan keadaan. Dapatkan segera bantuan org tengah yg adil & amanah. Berpandulah kepada akal, melebihi emosimu di saat ini. Jgn biarkan dirimu seratus peratus dipersalahkan,kelemahanmu dikatakan punca suami terpaksa mencari yang lain. Ingatlah, suamimu yang sepenuhnya bertanggungjawab atas pilihan dan tindakannya. 

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 16 - Hindarkan nada keras, kasar dan lantang apabila berbicara dengan suamimu. Banyakkan mendengar dari bersuara, kerana sesungguhnya Allah melengkapkan manusia dengan sepasang telinga dan hanya satu mulut sahaja. Janganlah ambil kesempatan dari sifat pendiam dan mengalah suamimu. Berikan rasa hormat dan penghargaan yang sebaik-baiknya. Percayalah, anak-anak sedang memerhatikan kemahiran berkomunikasi kalian berdua!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 17 - Serahkan anak-anakmu untuk dijaga sepenuhnya oleh ayah mereka (suamimu) sekali sekala. Yakinlah, mereka akan kelihatan gembira, selamat dan masih bernyawa bila engkau kembali. Hampir pasti, cara suamimu amat berbeza dengan gaya rutin kebiasaanmu. Apalah salahnya membiarkan suamimu mempraktikkan kemahiran kebapaannya. Sebaik manapun engkau sebagai ibu, takkan dapat menjadi seorang bapa terbaik untuk anak-anakmu.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 18 - Hentikan segala kritikan, komen, sungutan dan rungutan terhadap kelemahan dan kekurangan suamimu. Sifat bongkaklah yang menjerumuskan syaitan ke lembah kehinaan dan laknat Allah. Dengan sifat itu jualah syaitan akan merosakkan hubungan perkahwinanmu. Gunakan kaedah penuh hikmah dan merendah diri dalam menegur suamimu. Berikannya peluang dan masa untuk memperbetulkan kesilapan serta ketidakcekapannya selama ini. 

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 19 - Hiasi kediamanmu penuh kesederhanaan, sekalipun engkau mampu menyalutinya dengan kemewahan. Nyamankan hawa segenap ruangan rumahmu dengan alunan tadarus Al-Quran. Hangatkan kedinginan dengan kemesraan ziarah ukhuwwah tetamu yang datang. Hijaukan halaman dengan pepohon yang segar mengiringi zikirmu. Jadikan ketenangan tema utama yang dikongsi bersama dengan semua yang sudi bertandang. 

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 20 - Layanlah ahli keluarga suamimu sebagaimana engkau mahu dia melayani keluargamu. Janganlah tunjukkan kebencian dan rasa kurang senang semasa bersama ipar-duaimu. Hindarkan sebarang pertembungan yang memaksa suamimu memilih antara engkau dan keluarganya. Berikanlah hadiah, sambutlah kedatangan mereka ke rumahmu dengan ramah tamah dan senyuman keikhlasan - nescaya keberkatan rezeki melimpah ruah dalam kehidupan. 

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 21 - Janganlah sesekali putus asa dari rahmat & kasih sayang Allah. Jika suamimu kini bukanlah seorang soleh yg taat pada perintah Tuhannya - sungguh amat besar ujian Allah buatmu. Mohonlah satu dari dua kekuatan - agar kau kuat menghadapi cabaran ini & cukup kuat utk membebaskan diri jika itu pilihan yg terbaik ataupun suamimu diberi kekuatan oleh Allah utk bertaubat nasuha, berubah dan beristiqamah menjadi insan yg jauh lebih baik!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 22 - Lindungi dirimu dan anak-anakmu dari didera secara fizikal, emosional dan seksual oleh suamimu. Allah telah memerintahkan suamimu agar sentiasa berlaku maaruf (baik) terhadapmu. Sebesar manapun silapmu, suamimu tidak berhak menghinamu dengan kekerasan, kekasaran dan keganasan. Jgn malu memohon bantuan keluarga, rakan dan taulan. Sesungguhnya engkau berhak mendapatkan pembelaan dan perlindungan!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 23 - Semaikanlah kecintaan terhadap ilmu pengetahuan, sebaik-baik penyuluh kehidupan dan neraca pertimbangan. Kutiplah mutiara kebijaksanaan di mana jua engkau menemuinya. Jadilah manusia berilmu dan bermaklumat. Buatlah keputusan berasaskan ilmu, hadapi segala cabaran dengan senjata ilmu, pelihara hakmu melalui keteguhan ilmu dan pertahankan hujahmu dengan kubu ilmu.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 24 - Perbaiki mutu komunikasi antara engkau dan suami. Semoga tiada yg terselindung, hingga yang satu pihak lagi hanya bersangka-sangka dan berteka-teki. Sekiranya suamimu makin kasar tingkahnya, mungkin ada terselit kekecewaan di hatinya - hingga keganasan jadi pilihan. Jangan terus-menerus menjadi mangsa penderaan. Hentikan segala kemelut rumahtangga!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 25 - Jangan jemu berbakti kepada keluargamu. Semuanya InsyaAllah, dikira ibadah oleh Allah SWT. Memang kadangkala seperti tiada siapa yg peduli apatah lagi menghargai penat lelah dan payah jerihmu. Bukankah manusia sememangnya pelupa.Namun, kita punya Allah SWT yg tidak pernah terleka, terlalai atau tertidur dari memerhatikan kita!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 26 - Perbanyakkan sedekah kepada ahli keluargamu. Bagi isteri bekerjaya, peruntukkan sebahagian gajimu utk infaq dan perbelanjaan keluarga. Namun, izinkanlah suamimu menyara dirimu, semampunya. Jgn ambil alih tgjwbnya mencari rezeki yg halal buatmu dan keluarga. Mudah2an kehidupanmu sentiasa dalam kecukupan yg barakah....

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 27 - Luahkan keinginanmu untuk dihargai dan disayangi. Khusus bagi yg tidak bekerjaya di luar rumah, keperdulian suami dan anak2 buatmu adalah penyegar tubuh dan emosi yg kepenatan. Jangan terus menjeruk perasaan. Amat wajar untuk engkau nyatakan apa yg terbuku secara terus dan terang. Sesungguhnya, engkau memang berhak disayangi dan dihargai.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 28 - Pastikan solatmu kerap diimami oleh suamimu. Jgn lepaskan peluang utk mengaminkan setiap titipan doanya. Jika suamimu seorang yg tersangkut hatinya di masjid/surau - sesekali, mohonlah hakmu untuk dipimpin dalam solatmu. Namun jika suamimu seorg yg sengaja engkar dan berani meninggalkan solatnya - jgnlah jemu memperingatkan tugas utamanya sbg abdi Allah yg Maha Besar kekuasaan-Nya!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 29 - Jangan berdendam terhdp perbuatan silap suamimu yg silam. Cubalah memaafkan dan hilangkan amarah di dada. Engkau mungkin sukar utk melupakan, namun engkau ada pilihan sama ada mahu memaafkan atau sebaliknya. Jgn biarkan api membakar sekam, nanti yg tinggal hanyalah abu dan arang.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 30 - Carilah seorang sahabat setia yg boleh berkongsi kesedihanmu, namun cukup amanah utk menjaga segala keaibanmu. InsyaAllah, engkau tidak akan sukar mencari sahabat sebegitu, jika engkau sendiri sentiasa menjalankan tgjwb seorang sahabat sejati kpd org lain. Jgn cuba dipendam-pendam, disorok dan dijeruk perasaan yg luka....bimbang kelak tak tertanggung lagi.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 31 - Ingatlah bhw engkau umpama pakaian (libasa) bagi suamimu dan dia pula pakaian bagimu ( Al-Quran-AlBaqarah : 187). Bertindaklah yang molek agar suami boleh berbangga dengan setiap lakumu. Peringatkan jua suamimu agar dia memperelokkan setiap tingkahnya, kerana engkau jua ingin tumpang bangga dengannya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 32 - Pertingkatkan komitmen keluargamu utk mempraktikkan cara hidup Islam yg syumul. Peliharalah solat, jgn sekali abaikan perintah Allah. Didik anak2mu utk mematuhi suruhan Allah. Moga2 keluargamu terbimbing menjadi keluarga sakinah.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI - Nota 33 : Ikhlaskan setiap detik yg telah, sedang dan akan dihabiskan bersama suamimu. Ganjaran segala pengorbanan & susah payahmu bukannya datang dari suamimu, melainkan hanyalah daripada Allah SWT semata-mata.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI - Nota 34 : Sentiasalah saling nasihat-menasihati. Bagi sebahagian isteri, menasihati suami mungkin sesuatu tugas yg hampir mustahil. Namun, kita tidak boleh berhenti berusaha, berikhtiar dan mencuba. Mulakan dgn meminta nasihat dari suamimu terlebih dahulu. Timbang-tara segala nasihatnya. Perbaiki mana yg kurang, tampung mana yg bocor. InsyaAllah, tak lama lagi, suamimu akan meminta dinasihati pula, InsyaAllah!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 35 : Peringatkanlah suamimu akan pesanan ayat ke6 Surah At-Tahrim - di mana dia diperintahkan Allah untuk memelihara dirinya dan dirimu serta anak2 dari azab api neraka! Besar sungguh tanggungjawab yg dipikulnya! Engkau dan anak2 tidak akan menanggung dosanya, namun kemungkaranmu dan anak2 akan ditanggungkan ke atas bahunya! Cukuplah pesanan itu menjadi peringatan!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 36 - Mulakan nasihat buat suamimu dengan niat tulus, mulus dan penuh keikhlasan. Buang jauh2 rasa megah, bangga diri dan lebih hebat, kerana perasaan itu nanti akan mempengaruhi pilihan ayat, gerak badan dan ekspresi muka semasa mula bertutur. Bijaklah mencari masa yg sesuai dan santai. Bersedia utk mendengar jawapan balas dan alasannya dgn tenang. Jika suasana menjadi tegang, berundurlah buat seketika - esok lusa, kita akan terus mencuba!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 37 - Peliharalah baik-baik hatimu dari dihinggapi penyakit mazmumah - takabbur dan bangga diri. Sesungguhnya, itulah racun senjata utama syaitan laknatullah merosakkan anak Adam. Sekiranya suami isteri dihinggapi perasaan ini, retak akhirnya membawa belah. Bila sahaja terasa diri lebih hebat dari suami, beristighfarlah & pohonlah perlindungan Allah. Jika engkau mampu mengatasinya, paling tidak, engkau hanya perlu berdepan dengan keegoan suamimu sahaja. Jangan jadi mangsa mudah syaitan yg menunggu2 peluang memporak-perandakan rumahtangga yg dibina!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 38 - Hiasilah wajahmu dengan senyuman manis diukir ikhlas dari hati, setiap kali engkau berhadapan dengan suamimu. Mengukir senyuman jauh lebih mudah dari mengerutkan dahimu atau membiarkan wajahmu masam mencuka. Kuntumkan senyuman sepanjang perbualan telefon bersama suamimu. Nescaya suamimu akan lebih mudah menghadiahkan senyumannya pula buatmu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 39 - Keraplah menghantar suamimu di muka pintu, tika dia keluar bekerja (bagi sesiapa yang berkesempatan). Doakan kesejahteraannya, moga hari ini terlindung dia dari kejahatan dan penyelewengan. Moga terpelihara segala ibadah khususnya. Mudah-mudahan, petang nanti, kita akan dipertemukan lagi dalam suasana iman yang bertambah & kasih sayang yang melimpah ruah.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 40 - Jadilah teman karib suamimu - yang sudi berkongsi suka dan duka bersama. Fahamilah kebimbangan dan kerisauannya, memastikan diri dan ahli keluarganya terlindung dari api neraka sebagaimana diperintahkan Allah dalam Surah AtTahrim, ayat ke6. Jika jelas terbukti dia terlupa perintah tersebut, peringatkanlah. Semoga ketaqwaan terus menjadi bekalan.

Dr. Har

menghitung hari.. melewati waktu.. terukir kenangan

salam syukur buat Sang pencipta.. Selawat dn salam buat kekasihNya, Muhammad s.a.w..
 telah lama kisah tercipta.. di bumi institut ini.. melakarkan berjuta kenangan manis, pahit, kehidupan dan pengorbanan.. kisah yang menyimpan 1001 erti buat diriku bergelar insan..

tidak kusagka, seusia hingga saat ini menunggu waktu untuk bergelar seorang pendidik bertauliah.. waktu belajar dirasakan begitu cepat berlalu dengan gambaran kehidupan yang tak pernah termimpi..



senyum... :)

dibumi ini jualah jiwaku berubah.. mengenal tarbiyah, menuju dakwah.. jalan kurasakan sangat sulit namun dengan bantuan Allah, semuanya terasa indah..sesunguhnya hati ini mengerti bahawa kesusahan yang hadir itu membentuk diriku menjadi insan yang tabah, meniti jalan kehidupan yang tak pernah lekang dari ujian..di bumi ini jua diriku mengenal erti persahabtan yang sebenar, erti ukhuwah yang terbina, demi mencapai satu matlamat yang sama, iaitu REDHA Allah...

Adakala ujian datang menjengah... Dugaan kecil, dugaan besar hingga mampu menggugat jiwa..tidak mengapa...ujian kecil membuatkan jiwaku membesar, mengenal dunia pelbagai ragam.. seolah-olah baru tersedar hidup ini bukan hanya semata untuk diri sendiri, tetapi dikorbankan untuk ummah dan agama yang mulia.. kepentingan peribadi bukan lagi keutamaan, keinginan harus dileraikan, masih banyak yang perlu difikirkan... 

ujian besar.. Allahuakhbar.. hanya Allah saksinya.. Hy Dia mendengar, Hy Dia tempat mengadu..Andai Kau pergi, hilanglah arah ku Ya Rabb.. Sedarlah insan, dunia ini milik Tuhan, bukan milik kita...dan kita takkan pernah mampu mengubahnya melainkan atas kuasa Dia.. Kembalilah pada Dia..

Allah.. aku mohon.. kuatkanlah aku, sahabat-sahabtaku di medan ini..
di luar sana adalah dugaan yang sebenar.. izinkanlah kami untuk bersama teman-teman yang memperjuangkan agama Mu ini.. sesungguhnya kasihMu tidak terbatas, rahmatnya sangat luas..  


teringin... :)


di mana boleh ku cari si chicken chop yang enak??

bahan usrah..



10 MUWASAFAT TARBIYAH



*****

1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

- sabda Rasulullah SAW, " Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi ALLAH dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan"

*****

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
- Imam Hassan al-Bana pernah menyatakan kewajipan seorang da'ie itu intuk bersifat sensitif, tawadhu', benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dsbnya

*****

3. Berpengetahuan luas ( Mutsaqqafal Fikri)
- pesan Imam Hassan al-Bana "Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri, dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi"
- seorang da'ie perlu berpengetahuan luas tentang Islam dan pengetahuan am supaya dapat menceritakan kepada orang lain perihal hal berkenaan di samping perlu sentiasa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah
- seorang da'ie juga perlu mampu membaca al-Quran dengan baik, bertadabbur, dan sentiasa mempelajari sirah, kisah salafu soleh, dan kaedah serta rahsia hukum yang penting

*****

4. Mampu berdikari ( Qadiran ala Kasbi )
- seorang da'ie meskipun seorang yang berharta, perlu juga bekerja namun tidak wajarlah untuk seorang da'ie untuk terlalu mengejar harta kebendaan serta pangkat dalam kehidupan duniawi ini
- Ihsan perlulah sentiasa tertanam dalam diri setiap individu muslim yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang da'ie; perlu sentiasa benar dalam perlakuan dan perbuatannya
- seorang da'ie perlu mampu untuk memiliki serta mencari harta sendiri tanpa mengharapkan belas ihsan daripada orang lain semata-mata;
- seorang da'ie perlulah menguasai sesuatu kemahiran supaya tidak terlalu bergantung kepada orang lain dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul kelak
- dalam soal kewangan, seorang da'ie perlulah sentiasa memelihara diri daripada riba dalam semua aspek kehidupan, serta mampu untuk menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan yang melalaikan serta pembaziran, seorang da'ie perlu mampu memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak jatuh ke tangan bukan islam

*****

5. Akidah yang sejahtera ( Salimul Aqidah)
- seorang da'ie mestilah redha ALLAH sebagai Tuhan, Islam sebagai agamanya, serta Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir yang diutuskan ALLAH kepada manusia sejagat
- sentiasalah muraqabah kepada ALLAH serta sentiasa mengingati akhirat, memperbanyak nawafil dan zikir
- seorang da'ie hendaklah tidak lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan hati, sentiasa memperbaharui taubat, istighfar, menjauhi dosa, serta syubhat

*****

6. Ibadah yang sahih ( Sahihul Ibadah )
- Seorang da'ie perlu melakukan ibadat yang dapat meninggikan roh serta jiwanya; perlulah sentiasa memperbetul amalannya dan mengetahui halal haram suatu perkara dan sentiasa bersederhana dan tidak terlalu melampau-lampau dalam setiap urusan dalam kehidupan sehariannya.

*****

7. Mampu melawan hawa nafsu ( Mujahadah ala Nafsi )
- Seorang da'ie perlulah sentiasa mempunyai azam yang kuat. bersungguh-sungguh untuk meawan kehendak nafsunya sebaliknya mengikut apa yang diperintah Islam di samping mengendahkan kata-kata orang lain dalam mempraktikkan Islam yang sebenar.
-perlu diingat juga, orang yang lagi hebat akan lagi hebat jualah cubaan yang ALLAH turunkan kepadanya, oleh itu sentiasalah kita menyiapkan diri dalam menghadapi segalan cubaan dan dugaan ALLAH itu

*****


8. Menjaga waktu ( Haarithun ala Waqtihi )
- seorang da'ie perlulah sentiasa berdoa agar waktu yang ada ini sentiasalah diberkati ALLAH seperti mana yang sering didoa oleh para sahabat Rasulullah SAW yang terdahulu.

*****

9. Tersusun dalam segala urusan ( Munazzamun fi syu'unihi )
- Seorang da'ie perlulah sentiasa mempunyai kemahiran dalam menyusun segala perancangan urusan harian serta jangka panjang, setiap da'ie digalakkan untuk mencatit maratib amal untuk kelancaran segala urusan mereka


*****

10. Bermamfaat untuk orang lain( Nafi'un li ghairihi )
- Seorang da'ie diumpamakan seolah-olah sebatang lilin yang sedang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain sedangkan dirinya terbakar sendirian, namun usahlah gentar kerana da'ie adalah tunggak penggerak kepada dakwah Islamiyah, nescaya usahamu akan diberikan ganjaran berganda oleh ALLAH taala
- amal Islam seorang da'ie adalah untuk menyelamatkan orang lain sekaligus diri sendiri daripada kesesatan supaya di akhirat kelak masing-masing dapat menjawab setiap persoalan ALLAH dengan bekalan iman yang mencukupi di dada masing-masing tanpa perlu menyalahkan antara satu sama lain.
- ingatlah wahai da'ie, kegembiraanmu hanyalah apabila kamu dapat membantu orang lain, yang terindah semestinya jika mampu membawa seseorang itu ke jalan yang diberkati ALLAH taala sekaligus menjauhkan seseorang itu daripada perbuatan-perbuatan mungkar.