bila cinta mula bicara..

Ada saatnya apa yang ku rasakan ini tidak dapat ku gambarkan dengan kata2...
Menanti waktu untuk bertemu janji Allah..
Itulah syurga..
Yang diimpikan oleh para mukminun..
Selayaknya kah ku untuk berada di sana...
Sedangkan ujian adakala gagal ku hadapi dengan jiwa yg tabah..
Dengan jiwa yang penuh redha..
Penuh pasrah bersandarkan pada Allah azzawajalla.

Dalam rendah hati..
Ku panjatkan rasa kesyukuran padaMu Ya Allah..
Atas dugaan ini..
Kerna diberi peluang merasa derita..
Merasa susah dan bukan gembira...
Aku mengerti Ya Allah..
Itulah tarbiyyah...

Ya Rabbi..
Ajarkan ku erti redha..
Ajarkan ku erti sabar..
Ajarkan ku erti syukur yang tak terhingga...
Pada nikmat, rahmat, kurnia
Yang tiada terbatas..

Sesungguhnya hamba mengerti bahwa itu adalah yg terbaik..
Yang telah Engkau aturkan atas hamba2Mu..
Ya Allah.. kurniakan kami basahnya cintaMu..
Manisnya merindu janjiMu....
Tenangnya saat bertemu denganMu




Allah, inginku bicara..
tentang apa yg aku fikirkan.
tentang apa yg aku rasakan..
Eratkan ukhuwah ini..
Peliharalah kami...
Cinta ini..
Hidup kami, mati kami, ibadah kami..
dan seluruhnya adalah kerana-Mu.
tiada yg lainnya...




Kenangan Yang Mekar



18 / 12 / 2010.. 

Tarikh yang akan mengingatkanku pada seorang sahabat..
Allah lebih menyayangimu..
Allah “memisahkan” kita pada zahirnya..
Tetapi hati kami masih mengingatimu…
Luhurnya hatimu..
Baiknya budimu…
Hanya Allah yang mampu membalasnya..
Tenanglah dirimu di sana..
Doa kami sentiasa mengiringimu..
Moga dia ditempatkan di kalangan para solihin..
Kita sahabat selamanya..
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Alah ‘azzawajalla…

..SantuNi MakhLuk Allah...


Bukan mudah mengenal sikap manusia
Adakala kita suka
Adakala kita benci
Adakala kita senang
Adakala pula kita cuba menjauhi
Setiap manusia adalah anugerah Allah
Dalam dirinya punya kelemahan dan kekuatan
Kekuatan itu adalah sumber motivasi
Yang akan membuahkan keyakinan dan kemajuan dalam mengejar aspirasi
Kelemahan bkan bermakna kejahilan yang akan terus menerus membutakan hati
Itu adalah satu lonjakan untuk mencipta satu lagi kekuatan
Hidup adalah satu yang indah andai kita tahu menghargainya
Dipenuhi dengan kasih sayang
Menolak kebencian dan dendam
Kasih sayang, cinta, adalah naluri manusia yang sangat hebat
Sebagaimana hebatnya benci manusia itu
Tidak satu pun yang dapat menandingi rasa cinta yang terbit
Dalam membentuk peribadi yang luhur dan sentiasa bersyukur..
Senyum dan tenanglah dengan apa yang Allah kurniakan atas dirimu
Kerna itu adalah tanda cinta Allah padamu
Apa lagi yang masih kurang??? Hanya diri dan hatimu yang mampu memberi jawapan..

Teguhkan pendirianku pada Jalan ini....


Perjalanan jauh memang menderitakan.

Perlu berulang kali mengisi bekal, perlu menepis letih untuk meneruskan perjalanan.

Tetapi nanti bila sampai ke destinasi, seakan semua tadi tidak pernah terjadi.

Begitulah dengan destinasi syurga.
Bila sampai ke sana, segala susah payah di dunia seakan tidak pernah ada.

Syed Qutb berkata: "Rasulullah SAW diutuskan BUKAN untuk membuang jahiliyyah arab dan digantikan dengan jahiliyyah parsi atau romawi.Tidak! Baginda hendak membuang semua(jahiliyyah) sekali dan menggantikannya dengan Islam yang syumul."
itulah Rasulullah.. kekasih Allah yang diutuskan untuk membawa khabar gembira... Adanya islam adalah dasar jasa Rasulullah yang bersusah payah, menghadapi pahit getir perjuangan hasil tarbiyyah dari Allah.. Subhanallah.. selawat dan salam kuhulurkan buat Nabi Muhammad, para sahabat, tabii` tabiin, para mujahidin, dan para syuhada`...

apa yang ingin dikongsikan adalah erti sebenar tahun baru. setiap orang punya tanggapan sendiri mengenai tahun baru.. apa sebenarnya itu terpulanglah pada diri kita untuk mentafsiRkannya.. Yang pasti bagiku setiap hari adalah tahun baru, hari-hari yang telah dan akan kujalani untuk semakin dekat menghampiri saatku meninggalkan duniA INI adalah tahun baru, hari baru. Setiap hari perlu bermuhasabah dan menetapkan bahawa hari ini mesti lebih baik dari semalam.. dari segi niatnya, perbuatannya, percakapannya atau apa sahaja yang baik..

Azamku adalah harus terus tekad dan istiqamah..
Ya Allah, melalui hidup ini bukan mudah bagiku, terlalu banyak yang perlu kutempuhi, segalanya akan diuji kerana hidup ini adalah ujian dariMu.. Ya Allah, kuatkanlah aku andai aku lemah, didiklah hatiku dengan cahaya tarbiyah agar aku tidak goyah dengan segala dugaanMu.. Setiap perbuatanku adalah untuk mendapatkan keredhaanM. ajarilah aku tentang syukur agar aku bisa menjaga jasad dan rohani ini untuk sentiasa bermanfat pada agamaMu.. ya Allah, semoga harapan, cita-cita dan azam muslimin dn muslimat, mukminin dan mukminat dalam agamaMu ini akan terus mekar dalam amalan dan memberi ruang pada diri kami ini untuk mengecapi mahalnya harga syurgaMu.. ameeeen......