Teguhkan pendirianku pada Jalan ini....


Perjalanan jauh memang menderitakan.

Perlu berulang kali mengisi bekal, perlu menepis letih untuk meneruskan perjalanan.

Tetapi nanti bila sampai ke destinasi, seakan semua tadi tidak pernah terjadi.

Begitulah dengan destinasi syurga.
Bila sampai ke sana, segala susah payah di dunia seakan tidak pernah ada.

Syed Qutb berkata: "Rasulullah SAW diutuskan BUKAN untuk membuang jahiliyyah arab dan digantikan dengan jahiliyyah parsi atau romawi.Tidak! Baginda hendak membuang semua(jahiliyyah) sekali dan menggantikannya dengan Islam yang syumul."
itulah Rasulullah.. kekasih Allah yang diutuskan untuk membawa khabar gembira... Adanya islam adalah dasar jasa Rasulullah yang bersusah payah, menghadapi pahit getir perjuangan hasil tarbiyyah dari Allah.. Subhanallah.. selawat dan salam kuhulurkan buat Nabi Muhammad, para sahabat, tabii` tabiin, para mujahidin, dan para syuhada`...

apa yang ingin dikongsikan adalah erti sebenar tahun baru. setiap orang punya tanggapan sendiri mengenai tahun baru.. apa sebenarnya itu terpulanglah pada diri kita untuk mentafsiRkannya.. Yang pasti bagiku setiap hari adalah tahun baru, hari-hari yang telah dan akan kujalani untuk semakin dekat menghampiri saatku meninggalkan duniA INI adalah tahun baru, hari baru. Setiap hari perlu bermuhasabah dan menetapkan bahawa hari ini mesti lebih baik dari semalam.. dari segi niatnya, perbuatannya, percakapannya atau apa sahaja yang baik..

Azamku adalah harus terus tekad dan istiqamah..
Ya Allah, melalui hidup ini bukan mudah bagiku, terlalu banyak yang perlu kutempuhi, segalanya akan diuji kerana hidup ini adalah ujian dariMu.. Ya Allah, kuatkanlah aku andai aku lemah, didiklah hatiku dengan cahaya tarbiyah agar aku tidak goyah dengan segala dugaanMu.. Setiap perbuatanku adalah untuk mendapatkan keredhaanM. ajarilah aku tentang syukur agar aku bisa menjaga jasad dan rohani ini untuk sentiasa bermanfat pada agamaMu.. ya Allah, semoga harapan, cita-cita dan azam muslimin dn muslimat, mukminin dan mukminat dalam agamaMu ini akan terus mekar dalam amalan dan memberi ruang pada diri kami ini untuk mengecapi mahalnya harga syurgaMu.. ameeeen......

No comments:

Post a Comment