after about a week...


Benarlah , ISTIQAMAH itu lebih tinggi daripada karamah ,
Kerana istiqamah itu sesungguhnya lebih sukar .
Ia memerlukan MUJAHADAH .
Sedangkan karamah itu adalah anugerah .
Mujahadah itu kerja kita .
Anugerah itu kerja Allah .........

kerna kita adalah HAMBA..
Terlalu lemah di sisi manusia.. 
Apatah lagi di sisi Allah..
Tiada satu pun atas kuasa dan tangan kita..
Semuanya atas kehendak dan kurnia Allah...
TApi kita selalu lupa..
Title kta sebagai H.A.M.B.A..
Selalu rasa bangga.. ntah apa yang selalu dikejarkan hingga lupa asal tujuan penciptaan kita di dunia..
Ooo Allah Ya Rabbi..
Apalah manusia ini.. selalu saja merasa mereka boleh buat semuanya, tanpa 'memandangMu'..
sebagai Rabb Ya Berkuasa...
Teruskanlah bermujahadah..
walaupun pahit, yakinlah Allah di sisi..
Memandangmu dgn RAHMAT dan RAHIM Nya..
Sentiasa mendengarkanmu..
Melihatmu..
membuka pintu syurga..
Untuk kau rebut dan ingat bahawa Dia tidak pernah membenci..
Dia sentiasa memberi peluang dan ruang..
hargailah masa yang Allah berikan itu..
Cintai Dia sepenuh hati..
Jangan sesekali lupa..
MERENDAH DIRI dan INGAT bahawa :
ENGKAU ADALAH MAKHLUK CIPTAAN 
YANG XMAMPU MENGUASAI MASA WALAU SESAAT PUN
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Al-Maidah:3)

peringatan utk diriku yg sering leka

Rasulullah SAW berpesan kepada kaum muslim:

mata boleh menangis, hati boleh bersedih, 
tp lidah tdk boleh mengeluarkan kata yang tidak disukai Allah.


Lebih jauh lagi, seorang mukmin, 
bahkan disunnahkan untuk menebar senyum dan berwajah manis kepada saudaranya terlepas kesedihannya. 

Lebih jauh lagi, seorang Muttaqin, 
mampu menelan amarahnya (bermakna marahnya tidak terlihat sama sekali), terlepas seberapa besar kesedihan dan kesalahan yg diperbuat manusia atasnya, meski ada hak haknya yang terzhalimi.

Lebih jauh lagi, bagi muhsinin, 
amarah itu bukan hanya ditelan, tapi kemudian dibuang, kesalahan yg berat itu dimaafkan, tanpa ampas, tanpa bekas, bahkan hatinya bersih, ridha.
Maka mereka yang mampu bertahan dalam urusan ini, merekalah orang orang yang mengambil kekuatannya ketika bersendiri, dalam shalat, sujud, doa, dan dzikirnya kepada Allah. 

Kemudian menebar kebaikan dan senyumannya, bagi saudara2nya.

Maka sesungguhnya Allah menyukai para muhsinin, 
yaitu mereka yang ahsan(terbaik) dalam melakukan hal. 
Mereka cinta kepada Allah, dan Allah pun Cinta kepada mereka ~


Kalaulah Allah tidak menurunkan Al-Qur'an, tentulah kami sudah mati.



- ukhti nadia karina hakman indonesia -

SENTAAAAP sangaaaat~~~ Ya Allah, bantulah hambaMu ini, kuatkan dirinya, teguhkan hati dan imannya
Lindunginya dari sebarang kejahatan yang tercela..

Ya Allah.....



~~keserabutan sikit~~

Allahurabbi...

Allahumma solli'ala saidina muhammad....

Astaghfirullahal 'azeem...


Masalah dan penyakit..
sentiasa memikirkan telah membuat keputusan yang salah..
Sememangnya ketetapan Allah tu lebih baik.
Bukan menyalahkan taqdir tapi harus berfikir dgn sedalam-dalamnya mengapa sesuatu itu berlaku atas diri kamu…
Tenanglah ida, semoga apa yang telah dilakukan itu mendatangkan hikmah yang mengajar kamu supaya lebih berhati-hati ketika mengambil sesuatu tindakan..
Fikir sebelum bertindak..
Apa-apa pun jangan menyesal! Teruskan kehidupan dan teruskan..
Jangan putus harapan.. teruskan “menembak” doa.. nytakan dengan Allah apa yg kamu rasakan, apa yg kamu runsingkan.. semoga dengan itu, ketenanagan dtg kpd kamu..
Igtlah sesungguhnya, masalah ummah lebih  besar berbanding masalah kamu..
Chill ok! J Senyum dan tetapkan pendirian..
Sesungguhnya setiap yang terjadi adalah dtgnya dr Allah, dan semuanya juga kembali pd Dia..
Doalah dengan bersungguh-sungguh dlm sujudmu di 2/3 malam.. itu lebih menenangkan

berilah ruang untuk dirimu... cari Allah dlm ketenangan..


Hidup ini sibuk bukan? Kadang-kadang, kepala kita penuh dengan pelbagai permasalahan yang menyumbat. Masalah diri, masalah keluarga, masalah kerja, masalah rakan-rakan. Segalanya menjadi mehnah dan tribulasi dalam kehidupan.
Sebagai manusia biasa, pasti ada suara di dalam hati kita yang inginkan kerehatan dari kemasyghulan dunia ini. Aku nak rehat! Mungkin itu jeritan jiwa kita.
Boleh kah kita berehat dari kehidupan?
Mungkin anda kata, mustahil. Kemungkinan anda melihat, kematian adalah satu-satunya cara untuk kita berhenti dari menjalani kehidupan.
Tapi pada saya, rehat dari kehidupan ketika kita masih hidup adalah tidak mustahil.
Marilah, kita ambil sedikit masa untuk berehat dari kehidupan kita.

Duduk, Beriman Sebentar.
Mu’az bin Jabal RA pernah menyebut:
“ Marilah kita duduk untuk beriman sebentar”
Kata-katanya pada awal itu, dilihat pelik oleh para sahabat yang lain. Namun akhirnya, semua memahami bicaranya.
Manusia itu terlalu sibuk dengan kehidupannya. Hal itu lah, hal ini lah, sehingga dia terlupa untuk mengecas bateri keimanannya kepada Allah SWT, sehingga dia terlupa untuk bermuhasabah akan kehidupannya, akan ketaatannya, akan pengabdiannya kepada Allah SWT.
“ Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” Surah Asy-Syams ayat 7-10
Maka, dalam kesibukan urusan kehidupan insan itulah, Mu’az bin Jabal RA menyarankan kita untuk duduk walaupun sebentar, untuk kita memperbaharui, memperkuatkan, mengecas kembali keimanan kita.

Siapakah Yang Mewujudkan Ruang Ini Buat Dirinya?
Maka persoalannya, siapakah yang memberi ruang dalam hidupnya untuk dia mengecas keimanannya?
Bapa saya pernah bercerita berkenaan seorang pemotong pokok. Pemotong pokok itu mempunyai sebatang kapak yang tajam. Lalu dia keluar mencari kerja dengan kapaknya itu. Dia bertemu dengan seorang pemilik hutan, yang ingin menggaji seorang pekerja untuk memotong pokok di dalam hutannya itu. Maka, Si Pemotong Pokok meminta  pekerjaan itu.
Hari pertama, dia berjaya memotong 20 batang pokok. Pemilik hutan itu kagum dan Si Pemotong Kayu meminta  untuk dia melakukan lagi kerjanya esok. Pemilik hutan mengalu-alukan.
Hari kedua, Si Pemotong Pokok hanya  mampu memotong 17 batang pokok. Prestasinya menurun. Dia kehairanan. Kenapa? Lalu dia memberi alasan kemungkinan dia tidak memberikan yang terbaik dalam pekerjaannya hari ini. Lantas dia meminta kepada pemilik hutan untuk datang lagi esok, dan dia berjanji dia akan bersungguh-sungguh.
Hari ketiga, Si Pemotong Pokok bekerja dengan bersungguh-sungguh. Dia menghayun kapaknya kuat-kuat dan laju. Namun, pada penghujung hari itu, dia hanya berjaya menumbangkan 10 batang pokok. Dia amat terkejut. Lebih rendah dari semalam. Semakin hari semakin buruk. Si Pemotong Pokok meminta maaf kepada Pemilik Hutan. Dia berjanji, esok dia akan memperbaiki prestasinya.
Hari keempat,  Si Pemotong Pokok bekerja dengan lebih kuat. Dia mencurahkan seluruh tenaganya. Namun, kerjanya semakin perlahan. Untuk menumbangkan sebatang pokok, memakan masa berjam-jam. Akhirnya, di penghujung hari, dia hanya mampu menumbangkan 5 batang pokok sahaja. Dia sedih, dan kehairanan kenapa prestasinya jatuh teruk sedemikian, walaupun dia berusaha kuat. Dia mengadu akan kelemahannya kepada pemilik hutan.
Pemilik hutan tersenyum. Lalu dia berkata:
“ Kamu terlupa, mengambil waktu rehat, untuk mengasah kapak kamu dengan baik.”

Penutup: Wujudkan Ruang Itu. Cas Keimanan Dirimu.
Ya. Ada waktu, selepas mengharungi pelbagai masalah, mehnah dan tribulasi, kerja dan tugasan, dalam kehidupan yang kita tidak tahu bila penghujungnya hendak menjengah, kita akan rasa keletihan dan kepenatan. Kadangkala kita tersungkur pula di tengah perjalanan.
Hal ini kerana, kita lupa mengambil sedikit masa, berehat untuk mengecas keimanan kita, muhasabah kehidupan kita, hubungan kita dengan Allah SWT. Kita terlupa untuk memperbaiki hubungan kita dengan Akkah, walaupun Allah tidak pernah meninggalkan kita.
“ (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)” Surah Ad-Dhuha ayat 3
Ambil lah sebentar masa rehat, duduklah berseorangan atau bersama teman, dan bermuhasabahlah akan perjalanan hidup, kondisi hati, dan hubungan kita dengan Allah SWT.
Sematkan azam baru, nyalakan semangat baru, dan suntiklah cita-cita segar untuk perjalanan seterusnya. Dalam setiap perhentian, kerehatan kita itu, kita perbaiki dan pertingkatkan keadaan diri. InsyaAllah, prestasi kita akan tertingkat, semakin tertingkat dan akan terus meningkat.
Mari Menjadi Hamba!

LOTS OF LOVE TO MYSELF.. SYUKRAN ALLAH 

rindu yg teramat sangat...

Ya Allah.. padaMu aku berdoa..
moga kerinduan ini terubat dengan melihat mereka tenang..
gembira dan ceria..
bukan sahaja itu.. doaku juga agar mereka
sabar atas ujian.. syukur atas segala nikmat pemberianmu..
aku juga mahu begitu..

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."

TOPUP SEMANGAT YANG KIAN HILANG!!

Salam mahabbah :) syukur ya Allah, selawat atas baginda rasul yang mulia...

 JUZ WANT TO SHARE..
WHAT I LEARNT TODAY..
SO MEANINGFULL..
DEEP IN MY HEART... I REALIZE..
WHY I WAS HERE TONIGHT...


 ACTUALY..
TO LET THEM KNOW THAT..............................

WE ARE HERE..
TOGETHER WITH U PALESTINE!!
WITH UNITY AND LOVE..
TO MAKE YOU FREE..
EVEN WE WERE NOT THERE
BELIEVE THAT..
WE ARE IN 1 HEART FOREVER .. 

DOWN DOWN ZIONIS!! DOWN DOWN ISRAEL!!

FROM RIVER TO THE SEA!!!
PALESTINE WILL BE FREE!!!

ALLAHUAKHBAR!!
ALLAHUAKHBAR!!!

bukan ini pengakhirannya ..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

salam RINDU untuk menulis dalam blog ni ...
rasa dah bersawang jgaklah sbb dah lama x update..
tpi xpe, SYUKUR masih diberi peluang, ruang, dan nafas dari Allah untuk menulis..
walaupun secebis... peace!

alhamdulilah.. dah graduate dah cik Noor Ashyfida ni..
semoga ini bukan pengakhiran sebuah perjalanan menuntut ilmu..
ilmu Allah sgt LUAS dan apa saja ilmu, smua akan berbalik semula
kepada Allah.. PERCAYALAH.. :)

Ya Allah.. izinkanku memanfaatkan ilmu-ilmu ini..
untuk kemajuan IMAN anak didikku malah aku jua mahu begitu...
terus mara dalam jalan ini...
ku tahu bukan mudah..
Tapi aku yakin bahawasanya smuanya bermula dgn HATI + IMAN..
itulah panduan kehidupan dgn hy pimpinanMu Ya Rabb..... 

Buatmu kekasihku.. Rasulullah :))
Ku tahu perjuanganmu lebih sukar dan mencabar..
ku pohon pada Allah agar aku sntiasa mencontohi ketabahanmu..
Kesabaran dan keunggulanmu menegakkan agama mulia ini..



Buat mak + bapak..
Ida ucapkan berjuta n berbilion trilion sbb memeriahkan hari penuh bermakna ni..
14 MAC 2012..
ONCE in a BLUE MooN...
Mungkin boleh dpt lagi.. untuk MASTER insyaAllah..
tapi BILA YER tu? hehehe




buat abang, ati, cipi, -hanim n apu- ( xd dlm gmbar ni)...
xpe, nnti kak ida update lain lepas dpt gmbar,k? hehe
syukran jazilan for d flowers n BODY SHOP.. NICE!
kalian adalah insan yg slalu bersamaku..
apa pun waktunya, ap pun keadaannya..


Kerinduan yang terubat !!!! YA Allah.. aku sgt meerindui mereka
tak terkata, tak tertulis apa yang tersimpan di lubuk hati ini..


buat dila, farisya.. nnt kta jmpa lagi tau..
buat sahabat tercinta..
kak cik, atiyah, aifa, izma...
RINDU yang bersangatan pada gelak tawa kita..
menangis, ceria, riang ria, bulatan gembira, hiba..
liqa', khatibah, makan bersama, saling bertukar kisah bulatan kita..
smua itu adalah kenangan terindah..
insyaAllah.. kerana Allah kita berjumpa, keranaNya jua kita berpisah..
biarlah hanya jasad kita jauh..
namu hati kita selalu bertaut..
membina harapan yang sama.. cita2 yang sama..
Ingat kita dalam doa rabitah kita..
di situ Allah mengubaT rindu2 yang terbina..



buat rakan-rakan seperjuangan..

Moga Allah melindungi kita semua..
Menjagai iman, hati dan jiwa kita..
diberikan kesabaran dan KEIKHLASAN dalam mendidik..
anak-anak yang jiwanya mulia.. yang langkahnya masih bermula..
selamat bertugas kawan-kawan!



DOAKU buat semua...

Moga kita semua bertemu  di JANNAH - NYA
INSYAALLAH.. ameeeeeennn :)))
with LOVE..

SELAMAT MENJALANKAN AMANAH ALLAH..
DALAM REDHA DAN PETUNJUKNYA SENTIASA...


bismillahirrahmanirrahim ....


Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah.. 

walau apa pn, doa terus dipanjatkan agar semua dalam lindunganNya..
tiada apa yang diharapkan hanyalah redha Allah..
segala ketentuanMu ku pasrah.. berserah..
pimpin daku ya Allah..
Maha Berkuasa atas segala sesuatu..
dengan restuMu, dengan rahmatMu
dengan izinMu ...
kerna hatiku milikMu .. selamanya


ameeeen.........




nukilan hati..

Imam Asy-syahid Hasan Al-Banna:
"Kewajipan (yang perlu kita sempurnakan) adalah lebih banyak dari masa yang kita ada, maka sepatutnya tidak ada satu saat yang kita biarkan ianya berlalu tanpa kita menggunakannya dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah "..


Saat jiwa tersentap..
dengan bait kata para mujahid, para insan yang pernah merasai kepahitan dan kesusahan..
atas jalanMu ya Allah..
Betapa itu smua pada zahirnya tampil pahit..
namun hakikatnya, itulah belaian jiwa yang dikrniakan Allah untuk kuat dan tabah.....

hatiku tiba-tiba jadi sayu..
mengenangkan perjalanan hidup yang ntah bila akn kulalui semua perasaan-perasan itu..
ingin sekali merasai satu nikmat jalan dakwah..
Yang pernah didambakan sehebat mereka jua..
Setabah Rasulullah..
Secekal Umar..
Sehebat Abu Bakar..
Seteguh Ali..
dan selembut Uthman..
Para tabi' tabiin dan sahabat lain yang juga bersusah payah..

Kerana diriku harus menjadi diriku..
Dan atas itulah tekad dibulatkan..
bukan kerana paksaan..
malah kerelaan yang menjulang atas dasar cinta padaNya..
biar tangis menjadi teman,.. 
andai itu yang bisa menguatkan dan meredakan...
Biar ia juga menjadi saksi atas doa yang dipanjatkan..

Teruslah menjadi kuat dan kuat.
BERSEMANGAT!!
Lakukanlah dakwah ini..
Perjuanglah kerana ia tak mengenal erti lelah..
Serulah dirimu.. 
sampaikan untuk yang lain juga..
Moga kta bertemu dala syurga..
Dengan izinya, dengan rahmatnya..
BERDOALAH... ameen ya rabbal alameeen...