bahan usrah..



10 MUWASAFAT TARBIYAH



*****

1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

- sabda Rasulullah SAW, " Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi ALLAH dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan"

*****

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
- Imam Hassan al-Bana pernah menyatakan kewajipan seorang da'ie itu intuk bersifat sensitif, tawadhu', benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dsbnya

*****

3. Berpengetahuan luas ( Mutsaqqafal Fikri)
- pesan Imam Hassan al-Bana "Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri, dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi"
- seorang da'ie perlu berpengetahuan luas tentang Islam dan pengetahuan am supaya dapat menceritakan kepada orang lain perihal hal berkenaan di samping perlu sentiasa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah
- seorang da'ie juga perlu mampu membaca al-Quran dengan baik, bertadabbur, dan sentiasa mempelajari sirah, kisah salafu soleh, dan kaedah serta rahsia hukum yang penting

*****

4. Mampu berdikari ( Qadiran ala Kasbi )
- seorang da'ie meskipun seorang yang berharta, perlu juga bekerja namun tidak wajarlah untuk seorang da'ie untuk terlalu mengejar harta kebendaan serta pangkat dalam kehidupan duniawi ini
- Ihsan perlulah sentiasa tertanam dalam diri setiap individu muslim yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang da'ie; perlu sentiasa benar dalam perlakuan dan perbuatannya
- seorang da'ie perlu mampu untuk memiliki serta mencari harta sendiri tanpa mengharapkan belas ihsan daripada orang lain semata-mata;
- seorang da'ie perlulah menguasai sesuatu kemahiran supaya tidak terlalu bergantung kepada orang lain dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul kelak
- dalam soal kewangan, seorang da'ie perlulah sentiasa memelihara diri daripada riba dalam semua aspek kehidupan, serta mampu untuk menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan yang melalaikan serta pembaziran, seorang da'ie perlu mampu memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak jatuh ke tangan bukan islam

*****

5. Akidah yang sejahtera ( Salimul Aqidah)
- seorang da'ie mestilah redha ALLAH sebagai Tuhan, Islam sebagai agamanya, serta Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir yang diutuskan ALLAH kepada manusia sejagat
- sentiasalah muraqabah kepada ALLAH serta sentiasa mengingati akhirat, memperbanyak nawafil dan zikir
- seorang da'ie hendaklah tidak lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan hati, sentiasa memperbaharui taubat, istighfar, menjauhi dosa, serta syubhat

*****

6. Ibadah yang sahih ( Sahihul Ibadah )
- Seorang da'ie perlu melakukan ibadat yang dapat meninggikan roh serta jiwanya; perlulah sentiasa memperbetul amalannya dan mengetahui halal haram suatu perkara dan sentiasa bersederhana dan tidak terlalu melampau-lampau dalam setiap urusan dalam kehidupan sehariannya.

*****

7. Mampu melawan hawa nafsu ( Mujahadah ala Nafsi )
- Seorang da'ie perlulah sentiasa mempunyai azam yang kuat. bersungguh-sungguh untuk meawan kehendak nafsunya sebaliknya mengikut apa yang diperintah Islam di samping mengendahkan kata-kata orang lain dalam mempraktikkan Islam yang sebenar.
-perlu diingat juga, orang yang lagi hebat akan lagi hebat jualah cubaan yang ALLAH turunkan kepadanya, oleh itu sentiasalah kita menyiapkan diri dalam menghadapi segalan cubaan dan dugaan ALLAH itu

*****


8. Menjaga waktu ( Haarithun ala Waqtihi )
- seorang da'ie perlulah sentiasa berdoa agar waktu yang ada ini sentiasalah diberkati ALLAH seperti mana yang sering didoa oleh para sahabat Rasulullah SAW yang terdahulu.

*****

9. Tersusun dalam segala urusan ( Munazzamun fi syu'unihi )
- Seorang da'ie perlulah sentiasa mempunyai kemahiran dalam menyusun segala perancangan urusan harian serta jangka panjang, setiap da'ie digalakkan untuk mencatit maratib amal untuk kelancaran segala urusan mereka


*****

10. Bermamfaat untuk orang lain( Nafi'un li ghairihi )
- Seorang da'ie diumpamakan seolah-olah sebatang lilin yang sedang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain sedangkan dirinya terbakar sendirian, namun usahlah gentar kerana da'ie adalah tunggak penggerak kepada dakwah Islamiyah, nescaya usahamu akan diberikan ganjaran berganda oleh ALLAH taala
- amal Islam seorang da'ie adalah untuk menyelamatkan orang lain sekaligus diri sendiri daripada kesesatan supaya di akhirat kelak masing-masing dapat menjawab setiap persoalan ALLAH dengan bekalan iman yang mencukupi di dada masing-masing tanpa perlu menyalahkan antara satu sama lain.
- ingatlah wahai da'ie, kegembiraanmu hanyalah apabila kamu dapat membantu orang lain, yang terindah semestinya jika mampu membawa seseorang itu ke jalan yang diberkati ALLAH taala sekaligus menjauhkan seseorang itu daripada perbuatan-perbuatan mungkar.

sedarlah wahai pemuda!!


Maka hendaklah kamu mengelokkan iman kamu dengan Allah dan ikuti sunnah Rasulullah s.a.w., amal berterusan, tajarrud sepenuhnya, curah tenaga tanpa henti, berkorban apa saja, jujur dengan Allah, dengan diri dan dengan manusia, gunakan tenaga untuk bekerja bersungguh-sungguh kerana diri kita ini jika tidak digunakan untuk perkara yang benar, dia akan sibukkan kita dengan perkara yang batil. Apabila terlaksana semua ini, akan terlaksanalah kemanangan sebagaimana yang telah dicapai sebelum ini, dan ia tidak sukar bagi Allah. “dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;” Al-Hajj:40

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, keluargannya dan sahabat-sahabatnya.
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah.

Muktamar Tullab Ikhwan Muslimin pertama selepas revolusi,
Cairo, Sabtu 26 Syawal 1432H bersamaan 24 September 2011M

tatkala ujian datang menimpa...

alhamdulillah... selawat dan salam atas junjungan besar Baginda s.a.w...

Semalam : 26 September 28 Syawal..

Antara sejarah dalam hidupku.. gara-gara terlalu inginkan makan "chicken chop"..
Mengidam lama dah nak makan.. dari minggu lepas lagi..
Ya Allah.. terlalu kepingin la nak kata tu..
then bila keluar naik motor dengan seorang akhawat yg sgt disayangi, tiba-tiba dilanda musibah tengah jalan dalam keadaan hujan renyai-renyai tu.. jatuh dan ya Allah.. hanya Allah saja yg tahu perasaan pada masa tu..
Terasa menggelungsur atas jalan raya dan teringat amal-amal yang pernah dibuat untuk "claim" dgn Allah la kononnya.. persoalan pertama adalah : Ya Allah adakah nyawa ku akan diambil sebentar lagi..

Moral of the story :

Allah masih beri peluang dan ruang untuk kita muhasabah bila mana kita ditimpa musibah.. Emmm sebab tu la orang yang beriman tu Allah akan uji sebeb Allah nak kita selalu ingat Dia walau kat mana pun kta berada..

Then teringat la jgak cerita firaun tatkala Allah membelah laut dan mereka mati ditelan bumu laut pada saat itu.. mereka baru mengaku tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah.. baru nak bertaubat setelah ajal dihujung tanduk...

Banyak yang teringat setelah xcident tu berlaku.. teringat surah-surah juzu' amma yang menceritakan keadaan hari akhirat yakni hari pengakhiran.. Betapa semua manusia akan cemas dan menggeletar.. ketika itu baru manusia teringat bahawa apa yang dikatakan Allah dalam Quran tu adalah benar.. TERBUKTILAH apa yang disebut Allah.. apa yang Allah telah beri amaran awal2 lagi..

Ya Allah.. aku tahu aku banyak dosa.. tak tertanggung rasanya untuk menerima azabMu.. Aku tak mahu ya Allah.. bila dapat luka-luka pada badan ni teringat ayat Allah yg menyatakan pada hari akhirat ant bila mana manusia tu dimasukkan ke dalam api neraka, kulitnya akan saling berganti selepas dijilat api..

Memang betul kenapa Allah kata cmtu.. Semalam masa nurse merawat luka pada badan ini, memang terasa "nikmat" sakit tu.. MasyaAllah. Ya Rabbi. sangat sakit bila ubat iodin tu disapukan pada luka yang merah berdarah..itu baru ubat, belum lagi API yang MENYALA-NYALA..  Sebenarnya Allah nak memang nak kita rasa azab die tu sebeb kita dah diberi pengetahuan, petunjuk dan pimpinan dari sekeliling kita.. tapi kita tak nak berfikir tentang kebesaran Allah..

kita hanya memandang keseronokan kita, menurut hawa nafsu kita tak fikir ke mana kta nak bawa diri kita.. maccam mana bekalan kita untuk bertemu dengan Allah nanti. apa jawapan kita di hadapan Allah.. apa yang kta nak saksikan yang kita beul-betul dah buat apa yang Allah suruh...

Muhasabah untuk hari ni...


"Ya Allah, janganlah Engkau biarkan aku lemas dalam arus dunia ini... pimpinlah aku ke jalan yang Engkau redhai.. janganlah hati ini dibolak-balikkan setelah diberi hidayah.. istiqamahkan ya Allah.. Kuatkan semangat ku.. yakinkanlah aku pada janjiMu.. peliharalah IMAN ku ya Rabbi.. Ya zaljalali wal ikromm.. ku pohon petnjuk andai salah, ku pohon inayah tatkala ditimpa kesusahan, Jadikanlah kesusahan itu suatu yg mampu untuk aku menanggungnya demi mncapai redhaMu... Aku pasrah Ya Allah, andai kesusahan itu berterusan, dan dengan itu aku sentiasa mengingatiMu selalu, aku rela YA Allah.. Biarlah lelah itu terus lelah untuk bersamaku.. biar malas itu terus malas bersamaku.. kuatkan aku ya Rabb.." ameeeen ya rabbal 'alamin