inilah kami...




adik-adikku..
pelbagai dugaan yang bakal kita lalui..
mungkin hari ini kita disatukan..
mungkin hari ini jua kita bisa dipisahkan..
jika itu semua terjadi..
biarlah semuanya kerana Ilahi..

Adik-adikku..
perjalanan kita masih jauh..
banyak lagi liku-liku yang perlu kita tempuh..
janganlah kita membiarkan diri kita hanyut..
dan terus hanyut..
jagailah iman kalian..
Islam kalian..
kerna itu adalah nikmat yang tiada bandingan..
teruslah dan melangkah lah
dengan jiwa yang kuat
semangat yang menebal..
hati yang kental..
yang tak kenal putus asa..

segala harapan, doa sandarkanlah pada Allah..
kerana Dia lebih jauh mengenal..
apa yang kita rasakan..
jesteru adik-adik..
janganlah membayangkan perjalanan kita ini
dihampar permaidani indah
bertatah emas atau berlian..
kerna itu bukan pilihan kita.
biarlah kita memilih untuk sukar dan payah
kerna nikmat nya akn terasa dihujung perjalanan nanti..

jika hari ini engkau melihat orang lain 
yang penuh dengan senyuman, tawa riang..
janganlah kecewa
kerana kita juga bakal begitu
pada hari yang dijanjikan Allah nanti
apa yang perlu adalah..
SABAR, SABAR, dan terus berSABAR
berjuanglah..
demi agama yang kita cintai ini..
demi maruah yang kita jagai..
demi redha Allah yang dikejari..
Allah sedang melihat pekerjaan kita..
Rasul nanti menjadi saksinya..

Janganlah ragu lagi adik-adikku...
teruskan mencari..
sedarilah tanggungjawab kita..
peranan kita..
janji yang telah dilafazkan satu ketika dahulu..
di hadapan 'azzawajalla..
apakah itu?..
Ya.. untuk memikul amanah besar..
yang memerlukan pengorbanan cukup besar..
tapi tak mengapa..

selagi mana kita yakin..
selagi mana kita sedar..
Allah bersama kita walau di mana pun kita..
kita akn tersenyum..
kerana apa?
kerana janji yang Allah nyatakan..
Dalam kitab-Nya yang satu..
itulah ganjaran untuk insan yang sedar..
betapa Allah menjadikan kita
bukan sia-sia tapi dengan satu PERANAN..
iaitu menjadi PEJUANG!!

No comments:

Post a Comment