muhasabah buat diriku.

Memetik kata-kata Hassan Al-Banna..

“Wahai kaum muslimin, khasnya yang bersemangat dan tergesa-gesa! Sesungguhnya jalan dakwah kamu ini, langkah-langkahnya telah disusun, sempadannya telah ditentukan, aku tidak akan menyanggahi sempadan yang aku amat yakin sebagai lebih selamat untuk sampai kepada matlamat. Memang jalannya panjang, tapi tiada jalan lain selain daripadanya… Siapa dari kalangan kamu hendak memetik buah sebelum masaknya… aku tidak bersamanya. Lebih baik dia mencari jalan dakwah yang lain. Siapa yang bersabar dengan aku sehingga benihnya bercambah, pokoknya tumbuh dan buahnya elok sampai masa untuk dipetik, maka ganjarannya di sisi Allah, kita sama-sama akan mengecapai ganjaran para muhsinin: sama ada mendapat kemenangan atau kepiminan, dan sama ada mendapat syahadah atau sa’adah.”

Ya.. benar kata-kata pak cik Hassan tu.. kalau difikirkan semula, mengapa Allah tidak memberi kemenangan kepada islam itu secara terus, Allah punya kun fayakun bukan? Umat islam sekarang dalam keadaan tertindas, Allah itu tahu segalanya..

Ini kerana Allah mahu melihat sejauh mana kita sebagai hambaNya menghargai islam itu sendiri. menyayanginya sepenuh hati, membela nasibnya (islam). Allah mahu melihat usaha kita dan bukan natijahnya..tidak Allah mencipta kita dengan sia-sia. Kita punya peranan. Peranan yang cukup besar. islam itu datang bersama fitrahnya dan manusia itu juga ada fitrahnya.



Yakinlah islam itu akan menang. Ia pernah menang satu ketika dulu. Sejarah akan berulang tapi memerlukan kader-kader dan pejuang-pejuang yang bersatu hati, bersama-sama mencapai matlamat yang sama seperti mana yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat nabi, para tabiin seterusnya. Bila sejarah itu kita fahami, kita juga akan mengerti mengapa islam itu perlu didukungi dan perlu ada dalam hati para muslimin.

Mari kita renungkan dari ayat surah al-fath, 48 : 28

"Dialah yang mengutuskan rasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar DIMENANGKAN-NYA terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi"

APAKAH KITA MASIH RAGU ?? 




No comments:

Post a Comment