inilah sang MuRaBbi.. Moga istiqomah

Hampir menitiskan air mata tatkala merenung kata-kata dan hakikat ini.. adakah jiwaku seperti ini? merelakan segala-galanya demi cinta dalam JALAN ini? Ya Allah...
Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian :

Dakwah itu cinta dan tidak ada dakwah tanpa cinta. Dakwah bukanlah suatu yang boleh dilakonkan tetapi ia :
1.        Lahir dari perasaan yang membentuk kesedaran.
2.        Dipandu oleh kefahaman. 

Dakwah itu adalah nafas kehidupan manakala Tarbiyah pula adalah sendi perjuangannya. 
Dakwah adalah cinta dan memang seperti itulah hakikat dakwah.
Cinta akan meminta semuanya dari diri kita bermula dari :  
1.        Fikiran kita.
2.        Perhatian kita.
3.        Berjalan kita.
4.        Duduk kita.
5.        Tidur kita.   

Bahkan di tengah-tengah kelelapan kita dalam tidur, isi mimpi kita pun tentang dakwah dan tentang umat yang kita cintai.
Memang seperti itulah hakikat dakwah.  Ia menyedut :  
1.        Saripati tenaga kita.
2.        Sampai ke tulang belulang kita.
3.        Sampai ke daging terakhir yang menempel di tubuh kita. 

Tubuh yang sudah tidak berdaya dan mulai lemah diseret-seretnya serta dipaksa berlari.
Seperti itulah pula apa yang berlaku  kepada rambut Rasulullah saw di mana rambutnya beruban kerana beban berat dari ayat yang diturunkan oleh Allah swt.
Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz.  
Dia memimpin hanya sebentar, namun kaum muslimin benar-benar kagum dengan usahanya di mana tidak ada lagi orang miskin yang boleh diberi sedekah di zamannya dan tubuhnya yang mulia itu terkoyak-koyak. 
Sukar membayangkan sekuat mana khalifah Umar bekerja. Tubuh yang segar bugar pada mulanya itu mulai ditimpa kelemahan dan kesakitan. Hanya dalam dua (2) tahun ia jatuh sakit dan kemudiannya meninggal dunia walaupun memang itu yang diharapkannya iaitu mati dalam keadaan jiwa yang tenang.

Dakwah bukannya :
a. Tidak meletihkan.
b. Tidak membosankan.
c. Tidak menyakitkan.

Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan. Rasa letih dan sakit itu sentiasa bersama mereka sepanjang hidup yang dilalui. 
Justeru kerana rasa letih dan sakit itu :
1.        Sentiasa mereka rasakan.
2.        Sentiasa menemani mereka.
3.        Sentiasa mengintai ke mana pun mereka pergi.

Maka akhirnya ianya menjadi sebahagian dari rutin kehidupan mereka.
Kalau iman dan godaan rasa letih sentiasa bertempur, pada akhirnya salah satunya mesti mengalah dan rasa letih itu sendiri yang akhirnya mulai lemah untuk mencekik iman lalu iman itu terus berkobar di dalam dada.
Begitu pula rasa sakit di mana luka tidak akan terasa lagi sebagai luka sehingga ‘hasrat untuk mengeluh’ tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan dengan jihad yang begitu mempesonakan.

Maka oleh sebab itu, bagi seorang pejuang, walaupun tubuhnya dikelilingi keletihan dan kesakitan, jasadnya dikoyak oleh bebanan dakwah namun iman di hatinya tetap memancarkan cinta dan mengajak kita untuk terus berlari :
1. Teruslah bergerak, hingga keletihan itu penat mengikuti kita.
2. Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejar kita.
3. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersama kita.
4. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu lemah menyertai kita.
5. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemani kita.
 - Ya Allah.. kami memohon padamu semoga dengan jalan ini kami benar-benar diberi kefahaman, pengertian dan kesabaran dalam apa yang kami lakukan... MOga kekuatan, ke'izzahan dan ketetapan sentiasa mengiringi perjalanan ini.. Amiiin

video

No comments:

Post a Comment