Doaku padaMu ya Rabb...

Ya Allah, Ya Rabbana..
tabahkan hatiku,
Saat ini,
 bermacam-macam fikiran yang muncul berlegar di minda, 
berbagai persoalan, pelbagai perasan, bercampur-campur..
Ya Allah, dugaan apakah ini,
doaku moga semua ini berjaya kuharungi dengan iman dan semangat yang selalu ku pohon daripadaMu..
Ya Allah, 
Hamba ini akan berjauhan, berjauhan jasadnya dengan sahabat sefikrah, mujahidah solehah I,II, kesemuanya..
Ya Allah, terasa berat bebanan di dadaku, luruh, kusut, 
apalah yang harus aku rancangkan untuk masa depan ini..
Allah, air mata menjadi peneman saat ini, 
Engkau berilah aku jalan keluar yang dapat membantuku menyelesaikan kekusutan ini.. 
Aku mohon Ya Allah.. aku tidak mahu air mata ini terus mengalir tanpa hentinya..
Tapi aku sedar ya Allah,
biarlah mutiara jernih ini menemaniku
Biarkanlah..
kerna inilah caraku dalam mengadu padaMu, mengadu padaMu
 Yang Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Pengasih, dan Maha Penyayang..
biar aku sedar betapa aku bukanlah pencipta taqdir, tapi aku lah hamba yang harus menerima taqdirMu dengan redhanya agar bisa tenang dengan apa yang telah Engkau kurniakan..
ku fahami Ya Rabb, inilah yang terbaik untukku..kerna itulah janjiMu..
Bingkisan mutiara ini akan menjadi saksi..
Ya Allah, jagailah kami, 
Berilah kami petunjuk agar ia bisa mendewasakan kami melalui hari-hariMu dengan sentiasa memohon perlindungan dariMu..


No comments:

Post a Comment