hijrah, berubah, perubahan, berubahlah, terubah..segalanya memerlukan KeKuATAn...

"tak kenal, maka tak cinta"
begitulah Allah mengajar kita, hambaNya, manusia dan insan biasa, penuh khilaf, mengikut nafsu tapi Allah nyatakan kita ini istimewa..lebih baik ciptaannya.. Betapa manusia sering leka dengan dunia, menganggap dirinya tercipta tanpa mempunyai fungsi apa-apa.sekadar melakukan apa sahaja sekadarnya. Sedarkah kita?

1. pernahkah kita kenal diri kita? untuk apa kita diciptakan, dan ke mana kita akan dikembalikan?
2. Pernahkah kita meluangkan masa untuk mengenal pencipta kita, siapa Dia, apa sifatnya?
3. Pernahkah kita menghargai apa yang dikurniakan kepada kita, dari sekecil-kecil sel hingga ke sebesar-besar diri kita ini?
4. di mana dan apa yang kita boleh cipta atau reka seumpama ciptaan yang Allah kurniakan?

Ya. inilah soalan yang akan menjawab kata-kata "tak kenal, maka tak cinta".


Sememangnya bila kita tak punya jawapan yang kukuh atas setiap soalan itu atau mungkin persoalan kehidupan yang lain, kita masih tidak mengenal lagi, maka belum terbitlah cinta sempurna.. mungkin ada yang boleh menjawab persoalan itu dengan jayanya tetapi sejauh mana jawapan itu menjadi pegangan hidupnya sehingga mampu untuk membimbing dirinya ke arah "hijrah" yang dinyatakan..
Rasulullah bersabda
"tiada lagi hijrah selepas hijrah  dari mekah ke Madinah, yang ada hanyalah hijrah diri dari yang negatif kepada yang lebih positif.."
Hijrah bukan sekadar menimbulkan kesedaran 24jam yakni pada 1 Muharram saja. Tapi hendaklah memasang niat dan yakin lah pada diri yang kita sebenarnya mampu untuk berhijrah. 
"jalan ke syurga itu bukan mudah, banyak halangan yang perlu ditempuhi. sejarah membuktikan Allah menjanjikan syurga pada sahabat-sahabat nabi. tapi lihatlah bagaimana mereka bekerja, bagaimana mereka berkorban harta dan nyawa. Begitu mahal harga sebuah syurga untuk dibayar dengan pengorbanan sedemikian..."
Pohon doa pada DIA moga dikukuhkan iman dalam
 pengembaraan kita di alam ini
kita tak punya banyak masa lagi.. Bangkitlah segera

 Moga diri ini selalu beringat... Biarlah lesu dalam dakapan cinta Allah sehingga merintih merindui janji 'azzawajalla.. Sesungguhnya itu lebih kurelakan dari lemas dalam cinta fana dunia yang sentiasa melekakan..

No comments:

Post a Comment